.-.--- ---

MATLAMAT



KPPK sebagai sebuah kesatuan pembela kaum guru dan pembela profesion perguruan, sentiasa prihatin terhadap perkhidmatan para guru, perhubungan kerjaya, keistimewaan khas serta perkara-perkara lain yang berkaitan dengan profesion perguruan.
KPPK juga berusaha meningkatkan kebajikan ahli-ahli dari segi sosial dan kebendaan menurut lunas undang-undang sebagai kesatuan sekerja. Di samping membantu kaum guru memahami peranan mereka dalam memenuhi hasrat Falfasah Pendidikan Negara, KPPK juga berusaha untuk meningkatkan imej dan martabat profesionalisme guru.
KPPK sentiasa komited dan bertanggungjawab terhadap skim gaji, perkhidmatan laluan kerjaya, keistimewaan khas serta perkara-perkara berkaitan dengan Profesion Keguruan.

Objektif
Menjadikan Kesatuan Sekerja yang cekap dalam memperjuangankan hak guru serta berupaya memberikan perkhidmatan yang cemerlang
Visi
Ke Arah Kecemerlangan Profesion Pendidikan.
Misi
  • Merancang dan melaksanakan pelbagai program ke arah melahirkan golongan pendidik yang inovatif, dinamik dan progresif selaras dengan wawasan untuk meningkatkan martabat profesion pendidikan.
  • Melindungi dan memperjuangkan hak-hak golongan pendidik.
  • Menyediakan perkhidmatan dan khidmat nasihat yang berkualiti dan cekap.